Orang bandung memintal kapas,
Anak cina berkancing tilang.
Ayah kandung pulang lekas,
Anak anda rindu bukan kepalang.
Padi pulut di dalam bendang,
Banyak rumput dari jerami.
Mulut kita di suapi pisang,
Ekor dikait dengan duri.
Pisang mas bawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti.
Utang mas boleh dibayar,
Utang budi dibawa mati.
Rumpuh buluh dibuang pagar,
Cempedak dikerat-kerit.
Maklumlah pantun saya belajar,
Saya budak belum mengerti.
Sayang pisang tidak berjantung,
Bunga keluar dari kelopak.
Penat sangat ibu mendukung,
Adik juga tak mau gelak.
Tiada boleh menetak jati,
Papan di jawa dibelah-belah.
Tiada boleh kehendak hati.
Kita dibawah perintah Alloh.
0 comments:
Post a Comment